Program Komuniti Madani April 2025

20 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 19 April 2025 (Sabtu) telah diadakan Program Komuniti Madani untuk Bulan April 2025. Program ini telah disertai oleh lima orang ahli komuniti Madani Satria. Program diadakan secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari.

Untuk program minggu ini, peserta didedahkan dengan pengenalan AI dan ChatGPT. Petugas NADI memberi pendedahan tentang cara membuat surat rasmi, kertas kerja, mengedit gambar dan dokumen menggunakan ChatGPT.

Diharap kelas ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali